Sempena cuti umum Deepavali baru-baru ini, Enjit Semut Sdn. Bhd. Telah mengatur shooting untuk episod terakhir Siri Cer Citer.
Berlokasikan Studio Soundville dan tenaga kerja yang agak 'bawang' malahan 'dal' pun ade, selesai juge akhirnya. Berkhidmat dibawah arahan MK, aku berpeluang menjadi assistant beliau. Dan ini merupakan tuisyen untuk aku bagi memenuhkan ilmu di dada aku ini. Hahaha...
Sejujurnya, aku tidak suka berada di depan kamera. Belakang kamera juga yang aku sukai sebenarnya.
Berbekalkan pengalaman serta tunjuk ajar MK dan rakan-rakan khususnya kekanda Nazari, aku cuba juga memenuhi kehendak tugas yang sepatutnya. Episod yang ini adalah sepenuhnya penglibatan aku selain dari episod Kampung Pisang dan Kombat. Dan aku benar-benar teruja.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan episod ini. Buat rakan-rakan yang pertama kali beraksi, tahniah aku ucapkan. Aku tidak akan meminta lebih dari itu. Dan welcome to da club.. Selamat datang ke dunia seni.
0 Komen:
Post a Comment