30 December 2011

Bowling ~ Lontaran Perpisahan

Ini bukanlah acara meraikan perpindahan aku. Cuma aku merasakan inilah caranya untuk menghargai rakan-rakanku yang selama ini menjadi rakan-rakan sekerjaku.
Pada 28hb Disember yang lalu, satu pertandingan dalaman bowling telah diadakan di Ampang Bowl Ipoh Parade.. Mungkin ini tribute untuk diri aku. Terima kasih buat semua yang terlibat...

27 December 2011

Aku Tanpanya

Seminggu aku bersamanya.. Selama itu aku menghabiskan masa bercuti bersamanya.. Sayangnya hari ini Aku Tanpanya...
Malam ini aku sendiri.. Tiada lagi teman untuk mengharungi malam.. Dan ternyata malam ini terlalu sukar untuk aku melelapkan mata bila tanpanya..
Aku merinduinya.. Rindu akan keletahnya.. Rindu akan keriuhan dan kepetahannya berbicara.. Rindu segala-galanya tentang dia..
Aku harus sedar.. Dia tak selamanya dapat bersamaku berterusan.. Sampai saat dan ketikanya aku harus memulangkannya...
Ben.. Ayah sayang Ben.. Segala yang terbaik hanya untuk Ben.. Ayah doakan yang terbaik untuk kita.. InsyaAllah..

22 December 2011

DUNIA BARU

Dalam keserabutan yang melanda diri, aku gagahkan jua kaki ini melangkah menuju ke dunia baru aku untuk 2012 nanti.
Alhamdulillah, sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2011 yang lalu aku telah mendapat surat kelulusan pertukaran ke sekolah baru yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 kelak.
Semalam... setelah berakhirnya taklimat SPBA di sekolah lamaku, aku telah mendaftar ke sekolah baru aku itu. Tujuanku adalah untuk memudahkan pentadbiran sekolah tersebut dalam mengatur perancangan untuk sesi persekolahan yang akan datang.
Semoga 'Dunia Baru' aku ini nanti akan memberikan sinar baru dalam karier dan kehidupan aku. InsyaAllah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...