Semalam (10.01.12) telah berlangsungnya perlawanan sulung Liga Super yang melibatkan Pasukan kesayangan aku iaitu Perak FA. Perlawanan ini telah berlangsung di Ipoh dengan Terengganu menjadi lawan pertama yang ditemui Perak.
Alhamdulillah, Perak berjaya mengatasi Terengganu dengan jaringan 1-0 hasil daripada gol tunggal melalui pemain import iaitu Michael Kubala.
Aku kembali ke belakang gol untuk merakamkan gambar-gambar perlawanan tersebut. Berikut adalah gambar-gambar yang terhasil daripada lensa aku.. Gambar yang tak seberapa dari seorang cikgu yang sibuk nak bermain kamera.
 |
| Kesebelasan Utama Perak |
 |
| Kesebelasan Utama Terengganu |
 |
| Ayie Tarik Menarik Bersama Manaf Mamat |
 |
| Tumbukan Padu Nasril |
 |
| Penghargaan Buat FAM daripada Ultras Tranung |
 |
| Cubaan Daripada Dek Man |
 |
| Sharbini Menafikan Cubaan Popovic |
Perlawanan berikutnya akan menyaksikan Perak berkunjung ke Sadium Nasional Bukit Jalil. Dengan venue ibarat pentas perlawanan akhir, Perak akan menjadi tetamu kepada pasukan Selangor. Malang buat aku, aku tidak dapat menyertai perlawanan itu nanti. Aku tidak pernah terlepas berkunjung ke gelanggang lawan setiap kali Perak menjadi tetamu Selangor. Walaupun hati meronta-ronta, aku harus memerap di UPSI lantaran peperiksaan yang akan aku hadapi pada tarikh yang sama. Selamat maju jaya buat Perak.. Semoga 3 mata akan di bawa pulang.
0 Komen:
Post a Comment