| 4xRM50.00=RM200.00 |
Alhamdulillah.. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia.. (Bodek ke ni?) Selepas tamat peperiksaan tadi, aku telah menerima Baucer Buku 1 Malaysia bernilai RM200. Baucer ini adalah untuk penuntut-penuntut di IPTA.
Sebagai penuntut (biarpun separuh masa), aku layak untuk mendapatkannya. Apa yang bermain di minda aku ni, bagaimana aku hendak menghabiskan nilai tersebut dan buku apa yang aku hendak beli? Apakah ada benda lain selain buku yang boleh dibeli dengan baucer tersebut?
Apa-apa pun, aku bersyukur dengan apa yang aku terima itu.
0 Komen:
Post a Comment