21 January 2012

Bile Nak HABIS Ni?

Dia bertanya kepadaku sambil melemparkan senyuman, "Kenape awak belum mahu berumahtangga dalam usia sebegini? Apa kata saya pinang awak?".
Ewahhh.. Semudah itu dia mengumpanku?
Aku tahu, sejak awal lagi dia mengharapkan sesuatu yang kekal dari aku. Pada pengamatan dia, aku ini sepatutnya sudah cukup bersedia malah pada bila-bila masa saja.
Hati ini mungkin tidak di miliki sesiapa. Dan aku tidak fikir dia mampu mengubah pendirian aku. Aku sedar, dia cukup sempurna. Serba-serbi sempurna. Baik dari segi rupa paras, keperibadian mahupun kariernye. Dan adakalanya aku merasakan dialah yang terbaik.
Ohhh! Tidak... Aku perlu kembali kepada alam realiti.
Maafkan aku, aku ini bukan aku yang dia fikirkan. Aku ini tidak layak untuk dia. Banyak yang belum dia ketahui tentang sejarah kisah kehidupan aku. Dan aku sememangnya menyimpan kisah itu.
Aku telah menutup segala ruang. Tertutup rapat dan terlalu sukar untuk aku bukakan kembali.
Aku tahu, adakalanya rakan-rakan dan ahli keluargaku terlalu mengharap agar aku mencari teman hidup. Malah mereka mengatakan aku ego dengan membuat pendirian sebegitu. Hanya aku yang mengerti. Itu sahaja jawapanku.

0 Komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...