31 January 2012

Bukan Salah Aku Pun

Add caption
Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina menyebabkan kesesakan lalu lintas di Kuale. Serabut aku dibuatnya.
Alkisah ini terjadi pada 21 Januari yang lalu. Aku ade tugasan di SK Raja Muda Musa. Berkaitan pengakap. Menguruskan barang-barang yang dibawa ke Jambori Kebangsaan yang lalu.
Setelah selasai semuanya, aku kembali ke Kuale. Padahalnya aku dah sampai Jambatan Sayong. Tetiba teringat yang surat khabar belum aku beli.
Dari Jambatan Sayong, aku menuju ke Jam Besor. Jalan jem sebelum nak sampai Jambeso bermula dari depan Bank Rakyat. Punya banyak kereta mase tu.
Ketika nak sampai depan Pejabat Pos, aku ni sengaja la berhenti nak beri laluan kepada sebuat Kereta Honda City dari arah bertentangan yang nak masuk Ke Jalan Temenggung. Hahahaha... Mesti orang Kuale mikior jalan mane tu. Alahai.. Jalan tepi Public Bank nak ke lembah tu la...
Aku sebenornye samseng jalanan juge. Jarang aku nak bagi laluan pun kepada kenderaan dari depan. Memandangkan jalan jem, kalo aku terus juga kira macam aku consider berhenti atas petak kuning. So aku pun berhenti. Pak Cik tu angkat tangan kat aku. Aku senyum je sebab mood aku happy masa tu. Tak nak la cerita sebab ape. Dan belum sempat aku habis senyum...........

DUMMMMMM... Aku nampak orang melambung kat depan kereta aku. Fender Kereta Honda City tu kemekk... Woww... Rupa-rupanya ada Motor Yamah LC 135 yang dipandu laju sebelah kiri aku dah bertembung dengan Honda City tu.
Aku ni kalau di kira-kira bukan terlibat pun. Tapi ade rasa bersalah pulak. Rasa bersalah sebab aku berhenti dan bagi ruang kat Honda City tu lalu.
Aku berhenti depan Public Bank. Aku keluar dan terus call 999. Aku panggil Ambulan. Aku adjust mamat tu ketepi dengan bantuan orang ramai.. Pak Long yang bawak Honda City tu terpinga-pinga. Aku suruh dia buka beg budak tu cari apa-apa contact number yang ada, contact family budak tu.
Budak tu pakai rantai, muka macam ca ya nun alif. Bukak je MyKad tengok-tengok melayu.
Ambulan sampai, Pak Long tua ajak aku teman ke hospital. Pastu buat report polis. Tu je yang termampu aku tolong. Dan aku tak salah apa-apa pun. Cuma ada RASA BERSALAH aje.

0 Komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...