19 January 2012

Facebook @ School

Tiap-tiap pagi ade perhimpunan...
Pagi ni Penolong Kanan HEM menyampaikan suatu amanat ketika perhimpunan pagi. Satu perkara yang buat aku tersenyum adalah tentang Facebook. Katanya, "Facebook adalah dilarang sama sekali di sekolah. Baik murid mahupun guru".
Aku menganggap semua itu ibarat pukul anak sindir menantu. Aku tahu ia adalah untuk guru-guru. Masakan murid-murid melayani facebook di sekolah. Dengan kemudahan wifi yang menyeluruh, guru-guru begitu mudah untuk melayari internet. Apa saja laman yang tidak disekat begitu mudah untuk dicapai.
Aku jarang sekali menggunakan kemudahan wifi di sekolah lantaran jadual aku yang padat. Bukan aku mahu menafikan diri aku menggunakan Facebook. Aku akui aku acap kali meng'apdet' status mahupun gambar ketika waktu persekolahan. Tapi itu semua aku lakukan ketika aku berpeluang. Bukannya ketika berada di kelas.
Aku menyokong kata-kata Penaolong Kanan HEM itu. Aku tidak menyalahkannya. Kata-katanya itu adalah benar. Sebagai penjawat terutamanya guru seperti aku, waktu bekerja seharusnya bekerja. Hal-hal lain seperti ber'Facebook' itu boleh dilakukan di luar waktu kerja. Namun aku tetap dengan diri aku. Tak salah andainya aku ingin ber'Facebook' pada waktu aku tidak ke kelas dan tidak mengganggu kerja lain.

~sekupang dua dari aku....

1 Komen:

  1. cer tengok entah2 penolong kanan HEM tu yg berfacebook!!! haha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...