Malam ni aku menyelusuri laman-laman web yang dah agak lama aku tak layari. Mata yang tak mahu dilelapkan membuat aku menghadap laptop ni hingga ke subuh. Dalam pelayaran aku, aku temui beberapa gambar yang membuatkan aku tersenyum. Kenangan silam aku dan rakan-rakan Y4E ketika menonton bolasepak. Semuanya kenangan. Ketika itu aku masih remaja barangkali. Sayangnya semua kenangan itu tidak mungkin akan berulang. Hanya gambar-gambar ini menjadi bukti sejarah yang tak mungkin kembali...
 |
| Kenangan di Stadium KLFA Cheras |
 |
| Idola aku ketika itu.. Jean Frank Seator |
 |
| Muda belia lagi aku ketika ini... |
 |
Aku masih ingat lagi, masa ni game vs Selangor. Zaman ni Selangor ade Bambang dan Ellie Aiboy, so ramai giler suppoters dia orang indon. Mamat ni di tangkap kerana membawa minuman
keras dan menggunakan kad pengenalan orang lain. Ketika cuba melarikan diri, dia datang ke arah aku. Aku sauk dia dan hempas ke pagar stadium, bersepai muka dia. Habis baju aku kena darah. |
 |
| Best giler time ni.. Maklum la, team tengah kuat.. |
 |
Ni gambar bersama Marian Juhas dan Frank Seatot kat Stadium Bnadaraya Pulau Pinang. Perak 6-0 Penang. Mase ni Seator + Keita hatrick. Aku dah balik mengajor kat Perak mase ni. Ni kira macam Buaya Pulang Ke Lubuk le ni.. |
 |
| Team tengah kuat, seronok la... |
Banyak lagi gambo-gambo lain, ade masa nanti akan aku kongsikan lagi di sini.. terima kasih kat PAKCUMY kerana masih menyimpan gambo-gambo ni..
0 Komen:
Post a Comment