20 January 2012

Kerawang Polistrine Gergasi

Joe a.k.a Dewa @ works
Selesai sudah persinggahan rakan-rakan production yang menjalankan penggambaran Filem Penanggal di daerah Kuala Kangsar. Mereka telah bergerak ke daerah Perak Tengah untuk beberapa hari sebelum menamatkan penggambaran di Terengganu.

Aku rasa entri aku ini hanyalah untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabatku.. Iaitu Joe @ Dewi @ Kamarul Azman. Beliau adalah crew art department untuk filem Penanggal ini. Banyak ilmu yang aku pelajari dari beliau terutamanya selok belok dalam pengendalian peralatan untuk art department.

Untuk pengetahuan semua, art department ini bertindak untuk menyediakan set penggambaran. Bayangkan betapa susahnya mereka untuk menghidupkan suasana yang dikehendaki dalam filem. Apatah lagi lagi jika bukan berlatar-belakangkan masa kini. Contohnya Filem Penanggal ini yang berlatar-belakangkan tahun-tahun sebelum 1930an.

Salah satu perkara yang aku suka, aku telah berjaya membawa balik 'kerawang' polistrine bersaiz gergasi ke sekolah aku. Bukan hanya 1, tetapi 16. Aku bersama-sama Joe pada suatu malam di Resort Sungai Perak. Aku menemaninya menyiapkan tugasannya. Secara tak semena-mena aku meminati kerawang tersebut lalu aku mengayatnya. Katanya boleh.

Ianya mungkin boleh dibuat, tetapi apabila bersaiz gergasi, aku fikir guru-guru akan menyumpah untuk memotong polistrine tersebut.


Banyak yang boleh di manfaatkan daripada polistrine tersebut. Kerawang tersebut boleh digunakan sebagai backdrop di Dewan Sekolah untuk majlis-majlis tertentu.. 

Terima kasih buat Joe yang sudi 'menghadiahkan' kerawang tersebut buat aku. Bersusah payah dia menelefon aku setelah tamat penggambaran scene yang menggunakan kerawang tersebut.


Dan bersusah-payah jugalah aku dan Cikgu Fauzi mengangkutnya dari Pinggiran Istana Iskandariah Kuala Kangsar ke SKSMI. Dua trip jugalah mengangkutnya dengan menggunakan Avanza Cikgu Fauzi.

Buat rakanku Joe, sehingga bertemu lagi. Keep in touch with me.. Aku menyenangi insan yang begitu humble seperti kamu. Semoga terus success dengan dunia anda itu.... Terima kasih sahabat!

0 Komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...