|
|
| Aku @ SNBJ |
| Popia Isteri En Anak Pak Sahak |
| Susana ketika berlangsung perlawanan |
Dalam kekalutan aku nak exam, aku sempat ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Melarikan diri dari stress study. Maknenye aku berjaya mengekalkan rekod mengunjungi venue Selangor.
Terima kasih buat kembor aku, abang Cha yang sanggup datang dari Ipoh untuk same2 ngan aku ke SNBJ. Maklum la, kami same-same gile bola Perak ni. Sanggup dia datang ke homestay aku ni semata-mata nak ambik aku sorang. Kami bergerak dari Tanjung Malim kira-kira jam 5.30 petang dan sampai di SNBJ jam 8.00 malam.
Sayang, keputusan tak menyebelahi Perak. Tewas 1-0 hasil jaringan Syafiq Rahim pada minit ke 24. Aku tak mahu mengulas game malam ni. Aku kecewa dengan foreigner players yang kualitinya aku rase semua peminat sependapat dengan aku. Lebih teruk dari local players.
Ape-ape pun aku sebenornye lebih seronok berjumpe waris-waris yob4ever.com yang duduk di Lembah Kelang. Paling istimewa pasangan pengantin baru Anak Pak Sahak + Nia Lurun telah membawa bekal koi untuk geng-geng bujang. Terima kasih kome weh..
On the way balik, nyinggah kat R&R Sungai Buluh. Pekena Sate Hj Samuri. Terima Kasih kepada Alang + Radi sebab belanja. Aku siap tapau untuk rakan-rakan di homestay. Akhirnya aku sampai semula di Tanjung Malim jam 1.00 pagi.


awok dpt rase punce2 kekalahan tim perak sbb awok bawok popia. len kali awok x nk bawok bekal lagi.phewwwwwwwwwww
ReplyDeletehehehe.... mase bawok naget tahun lepeh pun kaloh juge.. cer terey bawok koi seghi muke pulok lenkali..
ReplyDelete