26 January 2012

Mula Membaca

 

Dulu aku amat rajin membaca. Ada saja bahan bacaan yang ku beli dan ku baca. Minat membaca itu kian hari kian pudar. Makin hari makin aku malas membaca. Mebaca itu gedung ilmu. Masakan kita mampu mendapat ilmu yang lebih tanpa membaca.

Antara faktor yang membuatkan aku kurang membaca lewat ini adalah kerana kesibukan aku. Masa bagiku amat bermakna. Dan masa juga tidak mencukupi bagi aku setiap hari. Terlalu banyak kerja lain yang perlu aku lakukan. Itupun adakalanya tak siap juga kerja-kerja aku itu.

Kini, aku merasai aku mempunyai sedikit ruang. Peluang ini aku gunakan untuk kembali membaca. Aku dapat rasakan yang aku semakin ketinggalan andai aku kurang membaca.

Jadinya, sebagai permulaan aku memilih buku photography. Aku perlu melihat buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang indah untuk menarik kembali minat aku.

Hmmm... Buku (seperti dalam gambo) tu adalah hasil belian menggunakan Baucar Buku 1Malaysia sebenornye.. Hahahahahaaaaaaa...

0 Komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...