| Kat sini gamaknya Adam Adli tu ber'demo' tu.. |
| Kertas soalan KPF3012 |
| Suasana di dalam SITC |
Hari ni aku berada di UPSI untuk menghadapi peperiksaan semester kedua PPG yang aku ikuti. Ini adalah sessi pengajian semester 1 2011/2012. Hari ni hari kedua aku aku berada di sini. Jadinya selama 3 hari 2 malam aku akan berkampung di Tanjung Malim Darul Demonstrasi ini.. Hahaha...
Pagi tadi telah selesai satu kertas iaitu Kertas KPF3012 ~ Perkembangan Pendidikan di M'sia : Dasar dan Falsafah. Alhamdulillah, semuanya berjawab dan tunggu aje resultnye nanti.
Kebetulan hanya ade satu kertas sahaja hari ni dan esok akan menyusul lagi dua kertas iaitu KRT3013 ~ Teknologi Maklumat Sekolah Rendah dan KRB3033 ~ Pengantar Bahasa Melayu. Jadinya petang ini aku tak de paper. Free... Dan ini le yang merunsingkan aku. Stadium Nasional Bukit Jalil melambai-lambai aje.. Selangor vs PERAK!
APA MACAM? Nak pegi ke tak ni? Hikk..hikk..hikkk..
0 Komen:
Post a Comment