16 January 2012

Salam Pantai Timur

Episod 'Cinta Muka Buku'
Episod 'Aku Mahu Kaya'
Aku berhak berasa bangga menonton rancangan Salam Pantai Timur (SPT) yang di tayangkan di TV1 setiap Isnin jam 9.00 malam. Biarlah apa pun orang nak kata.

SPT musim baru bagi tayang tahun 2012 ini telah diberi pembaharuan dimana ia mendapat sentuhan pengarah Mamat Khalid (MK). MK merupakan pengarah dan penulis skrip dalam rancangan ini.

Apa kaitannya dengan aku? Aku bertuah kerana di beri peluang oleh MK untuk berkolaborasi dengannya dalam menulis skrip rancangan ini. MK menyediakan konsep/tajuk dan treatment untuk setiap episod. Dia memberi peluang kepada aku untuk menulis skrip rancangan yang mempunyai 4 scene bagi setiap episod. Aku hanya menulis skrip dan MK akan memantau penulisan dan memurnikan mana-mana bahagian yang perlu.

Setakat ini, aku telah menyiapkan 6 episod yang 5 daripadanya telah pun dirakamkan di Angkasapuri. Dan setakat ini, 3 episod telah ditayangkan. Bermula dengan episod 'Ayahku Kahwin Lagi', kemudiannya episod 'Aku Mau Kaya' dan sebentar tadi episod 'Cinta Muka Buku'.

Aku amat bangga apabila menonton SPT ini. Aku tau, nama aku tiada ketika credit title di hujung rancangan. Siapa aku kan? Cukup aku berasa bangga dan gembira biarpun tak ramai yang tahu. Ada aku kisah? Aku tak kisah kalau ada suara-suara sumbang yang mengata aku syok sendiri. Aku tau siapa aku dan kenapa aku melakukan semua itu.

Apa-apa pun aku mengucapkan ribuan terima kasih buat kekanda MK atas semua peluang yang diberikan kepada aku. Aku tau itu bukan core bussiness aku. Dan aku takkan selamanya dalam dunia glamour ini. Sampai masa, aku akan ada kehidupan sempurna semula. Dan aku takkan punyai kesempatan untuk melakukan semua itu lagi. Ataupun mungkin aku hanya ada sehingga aku masih diperlukan sahaja.

1 Komen:

  1. jangan risau bro..!!! titik peluh menghasilkan skrip tu pon dah cukup membanggakan!! yang penting " awok berjaya!!!..ok

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...