Mungkin kerana mulutnya hanya satu, setakat itu 'dia' mengata aku. Andai mulut 'dia' lebih dari satu? Bagaimana pula? Hmmmmm....
Apa perlunya 'dia' mengata aku? Apa untungnya pada 'dia'? Dan apa pula ruginya pada 'dia' atas apa yang aku lakukan? Makin difikir, makin aku kebingungan.
Atau mungkin ada apa-apa rasa tidak puas hati 'dia' terhadapku? Arghhh... Cemburukah itu? Hei si 'dia'...andai ada apa-apa yang tidak berkenan dimata, luahkan kepadaku. Apa perlunya bercerita kepada pihak lain? Apa perlunya mengata aku? Jika aku ada melakukan salah mahupun silap kepada kamu wahai 'dia', nyatakan saja kepadaku....
Wahai 'dia', rasa hormat ini masih ada lagi biarpun makin menipis. Lantaran bermuka-muka dengan aku, di depanku tiada apa yang dibicarakan. Tetapi 'dia' mampu pula bercakap mengenai hidupku membelakangkan aku. Ohhh... Itu semua mengundang kakiku ke ponggong 'dia' suatu hari nanti. Saat itu, rasa hormat itu telah tiada. Diri 'dia' itu hanya di tapak kaki aku.
Oh 'dia'... Apa yang 'dia' ini tahu sangat tentang hidup aku ini? Hinggakan bercerita ke sana sini, malah membuatkan aku berada dalam situasi kepelikkan. Apa semua ini? Apa perlunya? Pihak lain akan memahamikah apa yang 'dia' katakan? Ubahlah corak itu...
Aku mungkin berbeza dari aku yang dulu, cabang hidupku semakin meluas. Hormati apa yang aku lakukan. Itu semua untuk aku membuatkan hidup aku berada dalam kesibukkan. Tak perlu ada ditanya kenapa dan mengapa aku perlu menyibukkan diri aku...
Suatu ketika nanti, walau sejauh manapun aku pergi, aku akan tetap aku. Dan 'dia' tetap 'dia'. Aku tidak pernah hendak mempersoalkan mahupun bercerita tentang 'dia', jadinya 'dia' harus berhenti berkata-kata tentang apa yang aku lakukan.
Aku tahu, siapalah aku untuk menutup mulut 'dia'. Tapi anda ada pihak ketiga yang bercerita tentang aku, menyampaikan semua kepada aku, aku tahu itu adalah dari 'dia'...
INGAT!! DUNIA ibarat RODA...
0 Komen:
Post a Comment