| Ni Ustaz Min aka Kit Man aku.. hehehe... |
Hari ni berlangsung Pertandingan Bola Sepak MSSD Bawah 12 Tahun Zon Kati/Padang Rengas. Dan dah berakhirpun.
AKU KECEWA biarpun pasukan aku bukan pasukan pilihan mahupun belasahan. Menyertai buat kali pertama sejak 6 @ 7 tahun tidak bertanding.
Aku bukanlah jurulatih yang hebat, namun tidak pernah mengecewakan.
Awal tahun ini apabila aku bertukar ke sini, aku terkejut bila di beritahu sekolah ini tiada pasukan bola sepak selama lebih 6 tahun. Ohhh.. Ajaib... Aku minat bola. Aku mengambil inisiatif menubuhkan pasukan bola sepak. Aku cari penaja untuk menaja keperluan latihan. Alhamdulillah, aku dapat juga sumbangan untuk membeli 15 biji bola. Dengan bola itulah aku melatih murid-muridku.
Hadir dengan reputasi gah diri sendiri, aku tidak pernah pulang awal sejak 13 tahun aku melatih pasukan bola sepak sekolah. Aku tahu, pasukan baru aku ini tidak gah. Malah acap kali di belasah dalam 6 perlawanan persahabatan yang aku aturkan. Aku realistik, dan semua orang tidak meletakkan harapan yang tinggi. Walaupun aku mahu setidak-tidaknya layak ke separuh akhir kerana aku mahu keluar 2 hari dari sekolah. Bukan sekadar hari pertama sahaja.
Segalanya telah berakhir. Keputusan tidak begitu teruk. Berikut adalah keputusan perlawanan peringkat kumpulan.
1. SKTDI 6-0 SJKCKM
2. SKS 6-3 SKSMI
3. SKSMI 3-1 SJKCKM
4. SKTDI 4-2 SKS
5. SKS 2-1 SJKCKM
6. SKSMI 3-1 SKTDI
Biarpun pasukan aku (SKSMI) mengutip 6 mata sama seperti SKTDI dan SKS, pasukan aku gagal layak ke separuh akhir kerana kekurangan 2 gol. (Kecewa.. Kecewa..).
Namun aku berbangga kerana berjaya menundukkan ego SKTDI yang telah bertahun-tahun tidak pernah tewas walaupun satu perlawanan. Hanya itu sahaja yang dapat menutup kekecewaan aku.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan aku khususnya Abg Mi yang sanggup bersama melatih pasukan. Cikgu Fauzi, Cikgu Rahman dan Ustaz Hazimin yang menghantar murid-murid ke venue pertandingan. Terima kasih juga kepada pihak pentadbiran yang banyak memberi sokongan. Buat guru beso, terima kasih sebab sponser jersi baru. Sorry Boss... Setakat itu je yang termampu.
Buat diri aku, cuba lagi tahun depan dan... Esok sekolah le jawabnya... Hahahhaa...
#Sekeping gambo pun aku tak ambik... Gambo line up team pun takde.. Hehehe...
0 Komen:
Post a Comment