12 February 2012

Facebook?

Berapa ramai yang bertanya kepadaku...


"Ehh? ke manakah hilangnya FACEBOOK kamu...?"

Hmmm... 

'deactivated'.. ~ itu sahaja jawapan aku...

Jawapan sepatutnya....

Aku tenang kini... tanpa sebarang gangguan.. Benar-benar tenang... 

"TENANG dari apa?" 

Ahhh.. muncul pula pertanyaan itu...

1. Aku sebenarnya malas (BENCI) menghadap manusia yang bermuka-muka dengan aku.. aku tau aku bukan bagus mana.. aku sedar... tapi tolong jangan jadikan Facebook sebagai platform untuk mengata aku. Andai ada rasa tidak puas hati, bertahu sahaja kepada aku. Aku akan faham... Tak perlu jadikan Facebook medan untuk menyindir aku dengan apa yang aku lalui. Bagus sangatkah ANDA?

2. Aku benci POLITIK! Aku benci bila setiap apa yang aku tulis, di komen dengan komen berbaur politik. Aku update hal bola pun di kait dengan politik. Aku update dunia peribadi pekerjaan aku pun di komen dengan politik. Bukan aku bencikan semua tukang komen, tapi segelintir. Malah setiap apa yang di tulisnya pasti berkait dengan politik. The best way, aku quit.

3. Privacy aku terganggu. Aku tak tahu (mungkin tahu) siapakah balaci yang ada dalam senarai friend aku yang menjadi balaci pihak-pihak tertentu, hingga menggangu privacy aku dalam hal-hal tertentu.

Itu adalah 3 alasan remeh-temeh aku. Aku boleh menjawab dengan lebih 'keras' lagi, tapi aku enggan. Biarlah aku begini seadanya.

"Ehh? Kenapa tak remove aje kawan yang kamu tak berkenan tu?"

Hahahaha... aku boleh hide, aku boleh remove, aku boleh setting privacy aku... Tapi aku rasa aku tetap akan bertemu dengan insan-insan tersebut. rakan-rakan yang lain pasti sedar andai aku unfriend dengan insan-insan tersebut.

"Ehh? Tak rindu ke pada kawan-kawan semua nanti?"

Ahhhh... Mark si creator Facebook ni dah warning aku, tapi aku dah decide semua ini. Biarlah... banyak lagi caranya untuk aku berhubung dengan mereka.


Aku  sedar, suatu hari nanti aku akan perlukan Facebook ini kembali. ya, aku akui yang Facebook memudahkan pengajian aku di UPSI. Dan aku pasti sangat sekarang aku tak memerlukannya kerana aku sedang bercuti. Apabila bermulanya Semester baru nanti, Facebook adalah medium terpenting dalam pengajian aku... Andai aku perlukannya nanti, aku akan kembali. Tetapi terhad untuk pengajianku sahaja. YA! dengan akaun baru....

0 Komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...