| Ni aku snap masa aku pegi sekolah tengah-tengah malam sebab nak cari charger laptop |
| Pelancaran NILAM. dah lama giler aku tak tengok budak main rekorder tau... |
Aku terjaga dari tidur. Hujan rintik-rintik di luar sana. Mataku terasa segar. Aku ingin meneruskan tidurku ini. Aku perlukan rehat. Aku sudah tidak segagah dulu. Aku sedar usiaku membataskan pergerakkanku.
Berbicara soal usia, aku mengesan sesuatu dalam diri aku. Aku tersedar bahawa aku semakin pelupa. Kini ingatanku semakin lemah. Aku sudah hilang suatu keajaiban yang ada dalam diri aku. Kalau dulu, apa saja yang berkaitan dengan nombor cepat saja melekat di ingatanku. Kini aku tak mampu.
Aku sudah tidak mengingati dengan tepat tarikh-tarikh tertentu (elok juga sebenarnya). Aku juga takkan mampu mengingati nombor telefon. Andai tidak aku 'save' dalam telefon, maka selamat tinggallah nombor tersebut. Kalo aweks bagi pun, kire melepaslah aku.
Minggu lepas, aku tinggalkan galaxy tab aku disekolah pada hari isnin. Selasanya aku tertinggal Blackberry di rumah. Rabunya aku tertinggal charger laptop di sekolah (konon-kononnya, dan aku siap ke sekolah jam 12 tengah malam semata-mata nak mengambil charger tersebut kerana date line skrip Salam Pantai Timur adalah pada malam itu. Puas cari, padahalnya ada dalam kereta). Minggu lepas juga aku rasa 3 kotak rokok aku cicirkan begitu saja. Aku tak ingat mana aku letak.
Siang tadi, di sekolah aku ada pelancaran program NILAM. Aku usunglah kamera aku. Sekali bateri sebijik pun tak bawak. Aku charge, tapi tak bawak. Bagus betul. Aku tangkap sekeping je gambar guna telefon. Buat syarat je la.
Aku benar-benar terlupa... Aku semakin pelupa... Ehhh??? Pukul berapa sekarang ni? Mak aihhh... 2.45 pagi. Awat mata aku cerah ni? Aku 'terlupa' kah yang aku kene sekolah pagi nanti? MasyaAllah....
Aku tak tua sebenarmya... Masih muda... Hahahahahaaaa....
0 Komen:
Post a Comment