25 February 2012

Kesibukan

Hampir 2 minggu (entah2 lebih..) Aku tak menulis di sini. Sebenarnya terlalu banyak entri yg hendak aku tulis. Kekangan masa dan tugas yang banyak menyebabkan aku meminggirkan dunia cyber aku.
Kebelakangan ini, aku sibuk di sekolah. Aku di sekolah pagi dan petang. Bermula seawal 7 pagi, aku balik ke rumah untuk makan je pada waktu tengahari. Kemudian kembali semula ke sekolah. Lewat senja baru aku ada di rumah. Malamnya aku kepenatan.
Terlalu banyak tugasan dan komitmen yang aku perlu lakukan. Itu semua amanah yang aku harus pikul. Bertambah pula aku mempunyai minat dengan bola sepak, tiap-tiap petang aku di padang. Semua itu hanya kerana aku telah menghidupkan kembali sukan bola sepak yang telah lama sekolah aku ini tinggalkan. Rasanya hampir 7 tahun tiada pasukan sekolah ini yang menyertai pertandingan bola sepak.
Ketika aku menulis ini, aku berada di sekolah lama. Aku datang menemui 'jaga' sekolah ini untuk berurut. Bahu aku mungkin terseliuh ketika bermain bola sepak bersama anak-anak didikku. Hanya jaga ini yang serasi mengurutku. Harap-harap tiada yang buruk atau berat pada tubuh badan aku ini. Aku sedar sedar usiaku makin meningkat, namun masih perasan seolah-olah aku masih muda.
Setakat ini sahaja. Jumpa lagi dalam masa 2 atau 3 hari lagi.. InsyaAllah...

0 Komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...