12 February 2012

Sungai Perak

Rakanku mengajak aku menyertai program berakit di Sungai Perak Jumaat lepas. Aku kecewa kerana tidak dapat menyertainya kerana komitmen aku terhadap sekolah. Bercerita tentang Sungai Perak, aku jadi rindu terhadapnya. Ketika zaman kanak-kanak dahulu, aku bukanlah berani sangat dengan Sungai Perak ini. Namun aku adalah antara kanak-kanak tegar yang sentiasa ke sungai. Kiranya aku ini hantu air jugalah kiranya.

Rakan-rakan aku sedang berakit suatu ketika dahulu..

Rakit zaman sekarang tak sama macam dahulu...

Berat sama dipikul... tapi rakit ni tak berat mane pun sebenarnya...

Ketika zaman itu (80an), sungai menjadi tempat atau sumber utama air untuk mandi. Malah sun gai juga adalah punca mencari rezeki. Apa yang paling aku ingat hingga kini, aku pernah "dibesit" (pukul) oleh emakku lantaran berada di sungai dari pagi hingga ke petang. Aku masih ingat bagaimana belahan buluh itu hinggap di belakang aku. Puncanya hanya kerana ketika itu adalah musim remis. Aku dan sepupu-sepupu aku puas berendam mencari remis. Remis adalah sejenis siput yang seakan kerang yang hanya ada pada musim-musim tertentu di sungai Perak itu.

Aku sendiri gagal mengingati bilakah kali terakhir aku mandi di sungai Perak. Adakalanya aku rindu hendak berendam di sungai Perak. Aku Kira mungkin hampir 14 tahun aku tidak mandi di sungai Perak itu. Biarpun aku pernah tiba di gigi airnya, aku langsung tidak pernah mandi.


Tenangnya Sungai Perak

Bot enjit sangkut ini masih menjadi pilihan nelayan sungai..

Aku masih berkira-kira untuk mandi di sungai Perak suatu hari nanti... insyaAllah, akan tiba masanya untuk aku menikmati sesuatu yang aku nikmati di zaman kanak-kanak aku dulu...



### ~siri pertama aku tentang sungai Perak. Ada beberapa siri lagi yang berkaitan dengan sungai Perak yang masih bermain-main di kepala aku ini...

0 Komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...