02 March 2012

Sakit Tulang Belakang

Dah hampir 6 minggu aku menderita sakit belakang. Sakit sangat.. Terutama waktu bangun tidur. Aku tak berapa layan sangat, aku gagahkan juga buat semua koje. Tapi aku ehtior juge berubat. Aku pegi berurut, tapi tak berapa nak jalan. Abis 3 kali berurut pun tak jalan juge.
Pagi ni, aku bangun makin sakit. Aku SMS Penolong Kanan, aku cakap aku nak ke hospital. Okay, line clear katanye.

Aku terus singgah di hospital dalam perjalanan ke sekolah. Orang tak ramai, tapi masih lagi lembab hospital ni. Sama seperti tahun-tahun sebelum ni.
Lama aku menunggu baru dapat nombor.

TAPI, ade sesuatu yang menarik aku perhatikan di hospital ini. Tepat jam 8.00 pagi kedengaran suara orang memberi salam di pembesar suara. Seterusnya dia membacakan doa. Panjang doanya. Biasalah, bila dah berdoa tu kenalah tadah tangan. Namun begitu, kebiasaan manusia adalah dengan macam-macam ragamnya.
Sebelah kanan tempat duduk aku, seorang lelaki dengan lebainya. Namun tidak pulak menadah tangan. Di depanku seorang Nurse yang agak veteran. Saiz XXXL. Mak aihhh... Sakan bergossip. Lantang pulok suara dia. Sembang ngan seorang pesakit lelaki. Aku dengor la... Sambil mengaminkan doa...
"Bla bla bla bla dah kawen lari. Bla bla bla ikut kali orang."
Sebelah kanan aku berganti orang, Lebai tu bangun. Duduk seorang awek. Hmm.. Tak lawa, tak mau pandang. Sekali dia keluorkan cermin dan selambe mekap kat sebelah aku tu. Segala macam bende dia keluorkan.
Ehhh??? Doa belum habis lagi... Panjang betul doa ni. Aku melihat sekeliling, aku terpandang suatu wajah. Ehhh?? Apsal dia berdiri? Dah macam tiang aku tengok. Kalo sakit, duduk ler. Hehehe... Itu adalah cikgu Hakima, classmate aku mase sekolah menengah dulu. Baru je tukor balik kuale ni. Sebelum ni di Cameron Highland. Owhhh... Bawak mak dia rupanya. Dia sihat le tu.
Habis je bacaan doa, kedengaran satu pengumuman.
"Pada pagi ini akan di adakan perhimpunan bulanan dan kuliah Agama di Surau Hospital. Perhimpunan akan bermula sebentar lagi. Semua Staff di wajibkan hadir."
Haaaa??? Kalau semua pergi perhimpunan, sape nak handle kat sini? Hehehe... Aku mula memikir... Ahhh.. Lantak le deme... Jam dah pukul 8.35, nombor aku nombor 26. Sekarang nombor 4. Maknenye secara kasor ade lagi 22 nombor. Mak aihhh... jenuh lagi nih...
Aku mula mengantuk. Aku pandang kanan.. Huiyooo... Dah lawa awek sebelah ni. Dah abis mekap. Koje gomen barangkali. Aku bosan, aku terus menaip entri ini dan akhirnya belakang aku makin sakit sebab aku menunduk menaip blackberry ni... Adooiiii... Sakit... Nak MC ler....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...