01 January 2014

Rezeki

Jenis-jenis rezeki yang Allah kurniakan juga berbeza antara satu sama lain. Ada yang diberikan harta, tidak berikan zuriat. Ada yang diberikan harta dan zuriat, tidak diberikan kebahagiaan ataupun ketenangan dalam hidup. Ada yang diberikan kesihatan, tidak diberikan harta. Ada yang diberikan harta, tidak diberikan kasih sayang. Ada yang diberikan ilmu, tidak diberikan harta. Ada yang diberikan harta, tidak diberikan penghormatan dan maruah. Ada diberikan penghormatan, tidak diberikan harta. Begitulah seterusnya.
Maka jangan hairan jika si miskin tidur lena dalam rumah buruknya, si kaya pula kegelisahan dalam banglo mewahya. Jangan hairan jika rakyat bawahan makan dengan sedapnya, sementara raja dan menteri hilang seleranya. Jangan hairan jika ilmuwan lebih dihormati dari menteri. Rezeki itu pelbagai, yang dikurniakan makanan, belum tentu dikurniakan selera. Maka, janganlah kita melihat rezeki itu hanya pada satu sudut semata sehingga kita merasa rezeki kita kurang dalam semua sudut dibandingkan orang lain.
Ini seperti cerita seorang miskin yang datang mengadu kepada seorang ilmuwan bahawa Tuhan tidak merezekikan dia apa-apa. Lalu ilmuwan itu bertanya: 
"Mahukah engkau menjual tanganmu dengan harta seratus ribu? 
Dia menjawab: "Tidak".
Ditanya lagi, "Mahukah engkau menjual pendengaranmu dengan harta seratus ribu?".
Jawabnya: "Tidak". Kemudian ditanya mata, kaki dan seterusnya.
Akhirnya, kata ilmuwan itu menghitung segalanya dan berkata "engkau sebenarnya mempunyai asset yang berjuta harganya. Tunaikanlah kesyukuran kepada tuhanmu".

No comments:

Post a Comment