12 March 2012

Satu Dua Tiga Empat Lima

Arghhhh.... benci.. benci... huhhhhh...


Bermula dengan SATU... bahagianya..


Menjangkaui sistem nombor, seterusnya TIGA...  menjangkakan sempurna, tapi melanggar hukum..


Alhamdulillah, EMPAT menyusul....  gembirakah...?


Sukar untuk di fahami, tiba-tiba menjadi DUA... Apakah malangnya?


Segalanya dirampas sekelip mata, kembali menjadi SATU..... betapa sukar...


Kini, adakalanya SATU bertukar DUA... DUA kembali SATU... Silih berganti...


ohh... SATU itu terlalu selesa kini... DUA membahagiakan...


Apa yang sukar adalah TIGA, EMPAT, LIMA, ENAM atau mungkin kehadiran TUJUH jika sampai masanya.


Ya.. Sememangnya sukar. Sehingga kini, DUA adalah yang terbaik... TIGA pernah mengecewakan.. Terlalu sukar. Masakan dapat menerima  TIGAEMPATLIMAENAM  dan seterusnya... Sukar... Sukar... Sukar.. Mungkin belum masanya.. dan mungkin juga bukan masanya..






Nilai setiap satu angka itu amat ketara perbezaannya


hmmm... Apa yang aku merepekkan ini? Mungkin ada yang memahami... percayalah, terlalu sukar. TERLALU SUKAR! Aku serabut dengan nombor-nombor ini...

05 March 2012

Negaro Miskin Negaro Kayo

Credit Tittle SPT Episod 11
Malam ini SPT menayangkan episod ke 11 yang bertajuk "Negaro Miskin, Negaro Kayo". Aku hampir-hampir terlupa untuk menontonnya. Walaupun ianya hasil air tangan aku, aku jarang menontonnya kerana tidak berkesempatan. Mujurlah aku terdengar bunyi Dikir Barat tatkala aku sibuk menyiapkan Assigment aku. Dapatlah aku menontonya.
Masih berbaki 2 episod, dan selepas itu akan berakhirlah musim SPT ini. Musim baru mungkin akan menyusul dalam beberapa minggu lagi.
Aku sebenarnya terharu apabila menyaksikan nama aku bergandingan dengan nama besar Mamat Khalid. Aku tidak selayaknya di situ. Biarpun begitu, Mamat Khalid telah memberi peluang dan juga ruang buat aku mencipta nama. Terima kasih buat beliau. Setinggi-tinggi penghargaan buat beliau atas kepercayaan ini. (Aku tau dia bukannya jenis suka menerima ucapan terima kasih sebegini).
Dia membisikkan sesuatu kepada aku ketika penggambaran "Amir dan Lokman Pergi Ke Laut" tempoh hari. Ketika itu aku dinner berdua dengannya di Dublinners. Katanya, RTM akan menyambung untuk musim yang kedua. Dan beliau mahukan aku bersamanya. Aku katakan bahawa aku perlu memikirkan terlebih dahulu kerana aku kini mempunyai komitmen terhadap pengajianku. Tak cukup dengan itu, aku turut di cabar menghasilkan skrip filem. Ohhh.. Impian aku semua itu. Tapi aku bukan karyawan sepertinya. Itu jawapan aku kepadanya. Dia segera menyakinkan aku bahawa aku akan menjadi anak didiknya yang cepat memahami kehendaknya. Aku berfikir panjang.. Aku perlukan masa........

Token yang dihulur olehnya ketika itu masih aku simpan hingga kini.....

ABC Ah Seng

Ni yang terakhir aku makan, minggu lepas kot. Mase ni baru aku tau dah tukor tuan...
Ni second last. Masa ni aku dah rasa lain. Rasa ABC ni dah jadi macam rase XYZ.. hahaha..
Ni masa aku makan ngan BEN.. Tahun lepas rasenye..
Ni mase tahun lepas. Menyelerakan je aku tengok..
Ni ayor tangan cine Ah seng tu.. Aku tengok pun terlior..
Ni pulok saignboard kedei tu.. kalo gi TKK, kome terai ler..
Di medan selera TKK Ipoh ade satu kedei juwei ABC. Name kedeinye Gerai Ah Seng. Memang cine pun yang juweinye.

Aku dah bertahun juge makan ABC kat sini. Cukup menyelerakan. Dengan rase kelembutan ais mesinnye, potongan tembikeinye, kacangnye, ais kerimnye... Ishhh.. Memang mengiurkan. Kalernye pun memang membuatkan aku berseleghe apatah lagi jika disuap ke mulut.

TETAPI... Kebelakangan ini aku rase dan tengok ABC ini sudah tidak bermaya. Rupa-rupanya ade sesuatu terjadi. Menurut kawan aku, kedei tu dah bertukor tangan. Hanya namanye yang tak bertukor. Tokei kedei sebelah dah ambik alih. Hmmm.. Patut le tak sedap.. Cissss.... Kalo Ah Seng yang buat, dia dah tau ape kehendak aku kalo aku datang. Sekarang ni aku kene explain plak ape yang aku nak bile aku datang...

Lepeh ni aku kene cari port lain la nak makan ABC. Kat kuale pun takde yang best. Gamaknye kat Sabah ade kot.. Hahahaha... Takpun kat Johor... 


Mane le Ah Seng ni pegi... 

02 March 2012

Sakit Tulang Belakang

Dah hampir 6 minggu aku menderita sakit belakang. Sakit sangat.. Terutama waktu bangun tidur. Aku tak berapa layan sangat, aku gagahkan juga buat semua koje. Tapi aku ehtior juge berubat. Aku pegi berurut, tapi tak berapa nak jalan. Abis 3 kali berurut pun tak jalan juge.
Pagi ni, aku bangun makin sakit. Aku SMS Penolong Kanan, aku cakap aku nak ke hospital. Okay, line clear katanye.

Aku terus singgah di hospital dalam perjalanan ke sekolah. Orang tak ramai, tapi masih lagi lembab hospital ni. Sama seperti tahun-tahun sebelum ni.
Lama aku menunggu baru dapat nombor.

TAPI, ade sesuatu yang menarik aku perhatikan di hospital ini. Tepat jam 8.00 pagi kedengaran suara orang memberi salam di pembesar suara. Seterusnya dia membacakan doa. Panjang doanya. Biasalah, bila dah berdoa tu kenalah tadah tangan. Namun begitu, kebiasaan manusia adalah dengan macam-macam ragamnya.
Sebelah kanan tempat duduk aku, seorang lelaki dengan lebainya. Namun tidak pulak menadah tangan. Di depanku seorang Nurse yang agak veteran. Saiz XXXL. Mak aihhh... Sakan bergossip. Lantang pulok suara dia. Sembang ngan seorang pesakit lelaki. Aku dengor la... Sambil mengaminkan doa...
"Bla bla bla bla dah kawen lari. Bla bla bla ikut kali orang."
Sebelah kanan aku berganti orang, Lebai tu bangun. Duduk seorang awek. Hmm.. Tak lawa, tak mau pandang. Sekali dia keluorkan cermin dan selambe mekap kat sebelah aku tu. Segala macam bende dia keluorkan.
Ehhh??? Doa belum habis lagi... Panjang betul doa ni. Aku melihat sekeliling, aku terpandang suatu wajah. Ehhh?? Apsal dia berdiri? Dah macam tiang aku tengok. Kalo sakit, duduk ler. Hehehe... Itu adalah cikgu Hakima, classmate aku mase sekolah menengah dulu. Baru je tukor balik kuale ni. Sebelum ni di Cameron Highland. Owhhh... Bawak mak dia rupanya. Dia sihat le tu.
Habis je bacaan doa, kedengaran satu pengumuman.
"Pada pagi ini akan di adakan perhimpunan bulanan dan kuliah Agama di Surau Hospital. Perhimpunan akan bermula sebentar lagi. Semua Staff di wajibkan hadir."
Haaaa??? Kalau semua pergi perhimpunan, sape nak handle kat sini? Hehehe... Aku mula memikir... Ahhh.. Lantak le deme... Jam dah pukul 8.35, nombor aku nombor 26. Sekarang nombor 4. Maknenye secara kasor ade lagi 22 nombor. Mak aihhh... jenuh lagi nih...
Aku mula mengantuk. Aku pandang kanan.. Huiyooo... Dah lawa awek sebelah ni. Dah abis mekap. Koje gomen barangkali. Aku bosan, aku terus menaip entri ini dan akhirnya belakang aku makin sakit sebab aku menunduk menaip blackberry ni... Adooiiii... Sakit... Nak MC ler....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...