Jumaat 9hb September yang lalu, aku ke Penang. Melawati set Rentaz sebelum aku bertemu partner untuk me'recce' set untuk penggambaran terbaru.
Bercerita tentang Penang, terlalu banyak perubahan dan pembangunannya. Jauh berbeza dengan apa yang aku tinggalkan ketika 2004 yang lalu. Namun bukanlah bererti segala-galanya berubah. Aku masih mampu bergerak dia Pulau Mutiara itu. Tambahan pula aku selalu ke sana.
Penggambaran untuk beberapa scene luar terakhir Rentaz adalah di Pantai Bayan Mutiara. Nama baru bagi pantai yang terletak di Batu uban itu. Di situ yang suatu ketika dulu menjadi tempat untuk mat-mat motor mengusung minah-minah kilang untuk membuat projek, telah jauh berubah. Di situ terletaknya Jeti ke Jerejak Resort & Spa.
|
Buaya Pulang Ke Pulau |
|
Senja Di Pulau Mutiara |
|
Pantai Bayan Mutiara |
|
Bersama Eka ~ Make Up Artist Yang Menjadi Extra Talent |
|
Antara Scene Menarik |
|
Syaitan Yang Menyesatkan Manusia |
|
Hero Filem Rentaz |
|
Mangsa-mangsa Kebuluran |
|
Beberapa Ketika Sebelum Aku Terlelap |
Penggambaran tamat kira-kira jam 6 pagi, ketika itu hujan renyai-renyai telah turun dan aku sebenarnya telahpun terlelap di dalam kereta. Kekanda Nazari mengejutkan aku, dan kami bergegas pulang ke Sri Sayang Apartment untuk mandi dan menyiapkan diri bagi meneruskan perjalanan kami me'recce' set di Utara Perak. Malangnya kami tersangkut dengan scene terakhir di apartment tersebut dan terpaksa berada di situ hingga pukul 4 petang. Aku sempat tidur kerana mata terlalu letih.
|
Kekande Najari |
Bersambung....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.